Permohonan Program Diploma PPUM 2015 Online

Permohonan Program Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM 2015) Secara Online. Bagi lepasan SPM yang berminat serta layak dan ingin meceburi bidang kejururawatan dan perubatan, anda boleh membuat permohonan secara online ke PPUM untuk Program DIPLOMA KEJURURAWATAN dan DIPLOMA RADIOGRAFI.

Berikut adalah syarat-syarat asas permohonan Diploma PPUM 2015 :-
Syarat-Syarat Am Permohonan
Umur : Berumur 18 hingga 22 tahun
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Taraf Perkahwinan : Bujang 
Tempat Pengajian : Diploma Kejururawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Diploma Radiografi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa) 

Kelayakan Akademik
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :- 
(a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA 
(b) Bagi Program Kejururawatan - memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi) 
(c) Bagi Program Radiografi - memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi) 

Taraf Kesihatan : Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan. 

Penajaan : Calon-calon yang terpilih mengikuti pengajian akan ditaja untuk tahun pertama oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bagi tahun kedua dan ketiga calon perlu memohon pinjaman/pembiayaan daripada badan-badan yang memberikan pinjaman pengajian. 

Ikatan perjanjian : Calon-calon yang berjaya menamatkan program dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 2 tahun. 

Tarikh Permohonan : 16 Mac 2015 hingga 5 April 2015. 
Tarikh Tutup Permohonan : 5 April 2015 (sehingga 12.00 tengah malam) 
Tarikh Permulaan Program : 21 Jun 2015 

Diploma jururawat dan radiografi um

Cara Buat Permohonan Program Diploma PPUM 2015 Online
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my atau melalui laman web kami di http://www.ummc.edu.my. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional). Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan. 

2. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temu duga melalui laman web PPUM mulai 13 April 2015 hingga 19 April 2015. Keputusan temu duga akan diumumkan mulai 25 Mei 2015 sehingga 31 Mei 2015. 

3. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul. PERHATIAN : Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. 

Iklan Permohonan Program Diploma PPUM 2015 Online

0 Komentar untuk "Permohonan Program Diploma PPUM 2015 Online"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info