Permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship

Permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship. Dipetik dari status FB MB Johor, Kerajaan Negeri Johor berbesar hati untuk mengumumkan skim penajaan pendidikan sulung Johor Corporation iaitu Johor Corporation Education Sponsorship bagi menaja pelajar-pelajar pra-siswazah dalam empat bidang keutamaan dan kritikal iaitu ekonomi, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan.

Biasiswa ini akan memanfaatkan seramai 100 pelajar berpotensi besar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 16 juta. Ia akan membolehkan pelajar terbaik di Johor melanjutkan pendidikan tinggi di universiti terkemuka dalam dan luar negara. Dan amatlah besar harapan saya agar biasiswa ini akan diberikan keutamaannya kepada mereka yang benar-benar mempunyai potensi besar dan luar biasa, tetapi daripada latar belakang yang tidak berkemampuan.



Cara Buat Permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship (JCorp)

a) Permohonan adalah di buka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, O / A-Levels. Empat bidang keutamaan dan kritikal iaitu :-

1) Ekonomi

2) Kejuruteraan

3) Undang-undang 

4) Perakaunan



b) Pemohon yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum mempunyai kelebihan



c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan yang berkaitan beserta transkip keputusan peperiksaan dan hendaklah di hantar melalui 2 cara pilihan iaitu 

1) email ke jesp@jcorp.com.my atau

2) Di hantar ke alamat - 

EDUCATION UNIT,

HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT DEPARTMENT,

Level 11, Menara KOMTAR, 

Johor Bahru City Centre

80000. Johor Bahru



Permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship

Permohonan Biasiswa JCorp
0 Komentar untuk "Permohonan Biasiswa Johor Corporation Education Sponsorship"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info