Melalui laporan akhbar utusan, semalam beberapa kakitangan awam yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di sini bertempiaran lari mengikut pintu belakang sebaik sahaja melihat kenderaan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menghampiri premis berkenaan.
Itu antara gelagat yang dapat dilihat ketika Mohamed Khusrin mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas premis makanan bagi ‘menangkap’ kakitangan awam yang makan dan minum bukan pada waktu rehat ditetapkan.

Menurut beliau, sejak pemantauan dilakukannya pada bulan lalu, kira-kira 100 kakitangan awam dikesan melanggar peraturan.
“Hari ini merupakan kali kedua kita menjalankan pemantauan sebegini bertujuan mendidik penjawat awam mengenai kesalahan yang mereka telah lakukan.
“Hari ini kita dapat kesan 30 kakitangan awam dan saya percaya ada ramai lagi yang berjaya meloloskan diri apabila melihat kereta saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau menambah, setiap kakitangan awam yang ditahan akan diambil butir peribadi supaya laporan dapat dihantar kepada ketua jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut.
“Kakitangan terbabit akan diberi kaunseling supaya mereka tahu tanggungjawab dan peraturan ditetapkan,” ujarnya.
Sementara itu, Mohamed Khusrin dalam akaun Twitter miliknya memberitahu, beliau melakukan pemeriksaan mengejut ke restoran-restoran di sekitar bandar raya ini yang sering menjadi tumpuan kakitangan awam untuk bersarapan pada waktu pejabat.
Jelasnya, biarpun perkara tersebut telah menjadi viral dan mendapat perhatian orang ramai, masih ada segelintir kakitangan awam sama ada daripada agensi Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih lagi menganggap budaya minum pagi sebagai satu kemestian.
“Pemantauan akan terus dilaksanakan supaya budaya ini dapat kita kikis sepenuhnya demi memartabatkan kembali perkhidmatan awam,” katanya.

Pemeriksaan mengejut pada bulan lalu.

0 Komentar untuk "Penjawat awam sedang sarapan waktu bekerja bertempiaran lari"