Kakitangan Kerajaan Kini Di Syria Sertai IS


Berita Kakitangan Kerajaan Di Syria Sertai IS



6 Kakitangan Kerajaan Sertai IS, Kini Berada Di Syria | MESKIPUN sudah diberi peringatan oleh pihak berkuasa namun masih ada yang mencari ‘bala’ dengan menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).



Apatah lagi prinsip kekerasan dan keganasan diamalkan kumpulan militan IS, nyata bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.



Terkini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan seramai enam kakitangan kerajaan dilaporkan menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kini berada di Syria bagi tujuan tersebut.



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay sendiri, mengesahkan perkara tersebut pada satu sidang media hari ini.



Apa yang mengejutkan, dua rakyat Malaysia didakwa terlibat dalam insiden penyembelihan seorang rakyat Syria yang ditawan kumpulan militan IS tersebut di Syria.



Menurut Ayub Khan, satu rakaman video perihal kejadian itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun bernama Abu Hamzah Al-Fateh yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka dalam laman Facebook pada 22 Februari lalu.



Manakala, seorang lagi individu yang terlibat adalah lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Gurun, Kedah.



“Video ini juga merupakan rakaman video pertama yang kita peroleh dengan menunjukkan kehadiran rakyat Malaysia di lokasi kejadian.. Facebook milik individu yang menggunakan nama Abu Hamzah Al Fateh ini, juga dikesan masih aktif,” kata Ayub Khan.



Rakaman video berkenaan memaparkan seorang lelaki warga Syria yang disembelih kerana dipercayai menjadi pengintip kerajaan Syria.
0 Komentar untuk "Kakitangan Kerajaan Kini Di Syria Sertai IS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info