Presiden Seniman, Zed Zaidi akhirnya tampil memberikan sedikit kata-kata yang penuh hemah, berguna dan harus dijadikan panduan buat artis Malaysia. Ini semua gara-gara kontroversi yang melanda Diana Danielle yang telah ‘viral’ sejak semalam.
Kata Zed Zaidi:-
Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalatkan oleh mana-mana pihak. Apa saja ‘job’ yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.
Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu misalnya, kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis itu harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?
Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu apa agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan itu. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk pada persatuan sama ada wajar atau tidak mereka menerima ‘job’ tersebut.
Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.
Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatahlagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi yang tidak baik pada industri seni.
Namun begitu Zed Zaidi bersetuju dengan langkah berdiam diri yang diambil oleh Diana Danielle selepas gambar-gambarnya itu tersebar. Abang Nara juga bersetuju dengan Diana Danielle yang mengunci mulutnya. Orang kata bab ini komen salah, tak komen pun salah. Kata Zed Zaidi lagi:-
Tentang apa yang sudah terlepas itu, kita maafkanlah dia (Diana). Tapi saya bersetuju dan sokong tindakan dia berdiam diri dan tidak bagi komen apa-apa sebab begini, cakap salah tak cakap pun salah.
Kalau dia memberi penjelasan mungkin kenyataannya itu nanti akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan akan jadi lebih buruk. Jadi, eloklah dia senyap dan biarlah perkara ini sejuk sendiri nanti.
Sekali sekala Zed Zaidi bersuara memang ada benarnya kan? Mungkin Zed Zaidi selaku Presiden SENIMAN boleh membuat garis panduan tertentu untuk mengelakkan perkara sebegini berulang lagi. Kesian melihat artis-artis wanita kita diekploitasi walaupun dengan kerelaan sendiri. Apa pun buat Diana Danielle, jadikanlah ini sebagai pengajaran. Sumber MalaysianDigest.
0 Komentar untuk "ISU BERCOLI DALAM MAJALAH – INI NASIHAT ZED ZAIDI BUAT DIANA DENIELLE"