EMMA MAEMBONG BAGI ISYARAT, SEDIA TERIMA LAMARAN ZIZAN RAZAK?



Nama pasangan popular ini sering menjadi tumpuan lantaran kisah cintanya yang sering dilanda kontroversi. Pastinya peminat pasangan ini juga sudah mengetahui kisah cinta mereka sudah berakhir.


emma maembong bagi isyara, sedia terima lamaran zizanBercerita mengenai kisah cintanya dengan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak, Emma Maembong memberitahu:


Siapalah saya untuk hukum dia lama-lama. Sebelum ini pun saya tidak pernah beri sebarang kenyataan yang memang tidak ada ruang langsung atau pintu hati saya tertutup buat dia,” jelas.


Mengulas lebih lanjut, Emma bagaimanapun mengakui tidak serik bercinta lagi, tetapi menyerahkannya kepada takdir ALLAH.


Kalau ada jodoh pada masa hadapan dan pada masa sama dia mengajak saya berkahwin, maka saya akan terima. Tak payah bercinta lama-lama. Tapi buat sementara waktu biarlah dulu perkara ini berlalu lagi pun saya kini tak mahu menaruh harapan padanya,” katanya.


Pada masa sama, Emma memberitahu, apa yang berlaku tidak menjadi halangan buat dirinya menjalani kehidupan seperti biasa.


“Saya dan Zizan masih lagi berhubung dan saya tak pernah cakap kami bermusuh disebabkan perkara ini. Sekarang masing-masing sibuk fokus dengan karier seni. Apa pun yang berlaku, kehidupan mesti diteruskan,” ulasnya.


Nampaknya masih ada peluang buat Zizan memujuk Emma kembali. Sama-samalah kita doakan pasangan popular ini kembali bersama dan seterusnya berkahwin.

0 Komentar untuk "EMMA MAEMBONG BAGI ISYARAT, SEDIA TERIMA LAMARAN ZIZAN RAZAK?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info