Skuad Penyelamat DBKL Selamatkan Gadis Mahu Bunuh Diri Di Taman Tasik Ampang Hilir | Pengunjung Taman Tasik Ampang Hilir gempar apabila melihat wanita berusia 20-an dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik sebelum diselamatkan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, wanita terbabit dikatakan secara tiba-tiba terjun ke dalam tasik berkenaan dan usaha orang awam untuk memujuknya kembali ke tepi tasik gagal.
Penguatkuasa Skuad Penyelamat DBKL, Norizam Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima makluman daripada pengawal keselamatan taman itu yang mendakwa seorang wanita bertindak terjun ke dalam tasik berkenaan.
Menurutnya, wanita terbabit berkeras untuk terus berada di tengah tasik walaupun pihaknya sudah memujuk wanita itu selama lebih satu jam.
“Anggota Skuad Penyelamat DBKL terpaksa turun ke dalam tasik untuk membawanya naik ke daratan sebelum diserahkan kepada anggota polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya,”katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Harian Metro.
0 Komentar untuk "Gadis Mahu Bunuh Diri Terjun Tasik Di Taman Tasik Ampang Hilir"