"Jika Ada Rezeki Bersatu Kembali, Doakan Terbaik Untuk Kami" - Diana Rafar | Setelah pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai talak satu pada Januari lalu, rupanya masih ramai peminat mereka yang sangat sayangkan hubungan mereka ini malah perkara tersebut turut menyentuh hati Diana Rafar.
Menyifatkan penceraian antara dirinya dan juga bekas suami, Zamarul Hisham sebagai tempoh untuk muhasabah diri, jauh dari sudut hati Diana, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada takdir dan jika pengakhiran adalah positif, Diana hanya menerima.
“Jika mahu cakap bab rujuk semula, saya rasa pihak lelaki lebih hak untuk bersuara. Bagi saya, jika ada rezeki, bersatu balik. Saya terima sahaja qada dan qadar daripada Allah. Doakan yang terbaik buat kami,” ujarnya ketika ditemuramah oleh Melodi hari ini.
Selain itu, Diana Rafar juga menjelaskan ketika dia berada di dalam situasi sebegini, barulah dia mengerti bahawa peminat yang menyokongnya selama ini betul-betul menyanyanginya kerana ada di antara mereka yang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.
Sempat menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan individu ketiga, Diana Rafar juga sempat menerangkan bahawa kadang-kadang orang yang kita percayai turut mempunyai agenda terhadap diri kita. Apa-apa pun keputusan yang bakal diambil Diana nanti, kami harap semuanya berjalan lancar lapor Rotikaya.
0 Komentar untuk "Doakan Diana Rafar dan Zamarul Hisham Bersatu Kembali"