PENGASAS produk kecantikan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarulzaman sudah pasti dikenali ramai tidak kiralah dari kanak-kanak samp ke dewasa.
Beliau begitu terkenal selepas iklan produknya keluar di kaca televisyen dengan tagline 'D’Herbs, terlajak laris' yang membuatkan penonton yang menonton siaran iklan tersebut akan rasa geli hati dan tidak kurang yang menyampah.
Tetapi tahukah anda kerana perasaan geli hati dan menyampah itulah membuatkan produk keluaran D’Herbs dikenali ramai seluruh Malaysia.
Mesti anda tahukan video ini?
Ungkapan “Eiiii… Macam Dayang Senandung. Muka je putih, tangan hitam?” yang sememangnya membuat ramai orang geram tetapi itulah strategi pemasaran yang membuatkan ramai rakyat Malaysia tahu akan produk keluaran D'Herbs.
Dengan suara 'kepitnya' serta memakai baju sarat perhiasan dalam iklan-iklan tersebut nenbuatkan ramai percaya Datuk Alif seorang 'lelaki lembut'.
Ramai orang mengejeknya dengan pelbagai kata tapi demi kelansungan syarikatnya, Datuk Aliff hanya memekakkan telingan dengan tidak ambil kisah semua itu.
Memetik tulisan Berita Harian, beliau mula menapak dalam perniagaan ini sejak beberapa tahun lalu namun gagal walaupun dengan pelbagai strategi pemasaran.
“Saya menukar strategi muncul di televisyen dengan menggayakan watak korporat, tetapi kesannya kurang menjadi. Selama dua tahun wang dilaburkan untuk pengiklanan habis begitu saja.”
Akhirnya, dia memutuskan untuk melakukan transformasi dengan menukar penampilannya dengan pakaian ‘berkilat’ dan dan menyaringkan suara.
“Ternyata, sesuatu yang pelik itulah yang menjadi bualan masyarakat dan biarpun pelbagai tohmahan diterima daripada masyarakat, namun impaknya sangat besar kepada jualan.”
Segala lakonannya dalam iklan nampaknya membuahkan hasil apabila produknya mula mendapat perhatian masyarakat.
“Pada saya biarlah apa orang di luar ingin mengata mengenai saya. Saya tidak bimbang sekali pun kerana mereka tidak memberi wang kepada saya. Saya lebih utamakan kepada pelanggan saya yang membeli produk D’Herbs.”
Beliau kini telah 8 tahun berkahwin dengan rakan sekerja sendiri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.
Kini, setelah perniagaannya berusia enam tahun, dia boleh berbangga kerana memiliki 100 pekerja, 30 cawangan, 20,000 ejen dan tiga spa. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Datuk Alif Syukri Dilabel 'Lembut' Kerana Watak Suara Kepit Dalam Iklan"