Telah menjadi viral dilaman sosial semalam apabila seorang guru bernama, Noor Afifah Mohd Baharuddin, berkongsikana sekeping gambar muridnya Firdaus dan Izham dengan sedikit coretan pendek yang telah dikongsikan dilaman Facebook miliknya menyebabkan ramai orang bergenang air mata.
Coretan pendek menyentuh jiwa itu telah dikongsikan oleh Siakapkeli membuatkan ramai warga SK pergenang air mata dengan alasan 'habuk masuk mata, 'potong bawang' dan 'angin kuat'.
Admin kali pertama terbaca pun terasa pilu dan sedih walaupun kanak-kanak yang bernama Firdaus itu bercakap dengan nada marah, tetapi apa yang dicakapkannya sungguh meruntun perasaan.
Berikut adalah coretan yang dikongsikan oleh guru tersebut bersama gambar diatas.
Kami cuba menghubungi Teacher Noor Afifah dan beliau mengucapkan terima kasih sangat-sangat kerana kongsikan cerita adik ini.
Menurut Teacher Afifah, hari ini dia menerima dua beg baru yang diposkan ke alamat sekolahnya oleh insan mulia untuk diberikan kepada adik Firdaus.
Adik Firdaus yang telah kehilangan bapanya pada Januari lalu kerana kencing manis dan Strok bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu 9, Jalan Bom, Tanjung Karang, Selangor.
Dari maklum balas pengguna Facebook lain rata-rata memberi semnagat dan mendoakan adik Firdaus berjaya bila besar nanti dan dan juga mereka menceritakan pengalaman mereka semasa kecil dahulu.
Apapun kami doakan adik Firdaus dan adik Izham berjaya bila besar nanti. Tak mahu gaduh-gaduh tau. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Coretan Pendek Guru Tentang Muridnya Buat Ramai Bergenang Air Mata"