Aliya, Bayi Paling Gemuk Ketagih Kari, Nasi, Capati


Bayi Paling Gemuk Ketagih Kari, Nasi, Capati



Bayi Paling Gemuk Ketagih Kari, Nasi, Capati | SEPASANG suami isteri di India terkejut dengan perkembangan anak mereka yang kini seberat 18 kilogram walaupun baru berusia 10 bulan.



Bayi bernama Aliya itu dilahirkan seberat 4 kilogram sebelum membesar dengan pantas sehingga menyebabkan ibu bapanya perlu membeli pakaian baharu setiap dua minggu.



Bapa bayi itu, Mohammad Saleem berkata, berat anaknya semakin bertambah apabila Aliya ketagih menjamah kari bersama nasi.



Jelasnya, anak perempuan mereka itu kini perlu menjamah sepinggan nasi serta dua keping capati yang sama seperti hidangan orang dewasa untuk menahan lapar.



Ibu Aliya, Shabana Parveen, 25, memberitahu, dia bimbang bayinya menghidap penyakit yang menjadikannya sering lapar.



Menurutnya, Aliya kini hanya mampu diangkat oleh bapanya kerana berat bayi itu menyamai kanak-kanak berusia 6 hingga 7 tahun lapor mStar Online.
0 Komentar untuk "Aliya, Bayi Paling Gemuk Ketagih Kari, Nasi, Capati"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info