Ibu bapa sepatutnya mengajar anak-anak mereka meminta maaf jika mereka membuat kesalahan. Jangan sesekali ibu bapa memaksa anak untuk meminta maaf tetapi harus di ajar dengan cara yang berhemak dan bijak.
1. Jadikan ia kebiasaan keluarga
Anda sebagai ibu bapa harus menjadi contoh yang terlebih dahulu, bila anda membuat sebarang kesalahan anda juga perlu meminta maaf. Anak-anak akan cenderung meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Melalui contoh ini, ana anda akan lebih mudah faham kenapa perlunya meminta maaf.
2. Dipupuk seawal mungkin
Mengajar mereka meminta maaf seawal mungkin apabila melakukan kesalahan. Semasa anak anak kecil anda bermain bersama teman, mungkin ada kalanya dia membuat rakannya menangis.
Anda perlu memainkan peranan membantu dan mengajar anak bagaimana cara meminta maaf dengan betul, misalnya dengan bersalaman dan mengucapkan maaf kepada rakannya. Boleh juga dengan menanyakan kepada anak anda bagaimana perasaannya saat melakukan kesalahan dan bagaimana perasaannya apabila disakiti orang lain. Beri pengertian dan ajaklah anak untuk berbincang seperti orang dewasa.
3. Mohon maaf termasuk hal-hal kecil
Keluarga adalah antara yang terdekat untuk mengajar anak bagaimana bersosial di kumpulan yang lebih besar yakni masyarakat. Salah satu yang termasuk adalah adab dan kesopanan.
Hal kecil seperti sendawa, kentut, menjerit apabila dilakukan di depan orang lain atau orang yang lebih tua akan mengganggu keselesaan. Untuk itu, jelaskan kepada anak untuk segera meminta maaf bila terjadinya hal tersebut kerana tidak menjaga kesopanan.
4. Jangan memaksa anak
Dalam beberapa kes, terdapat anak yang belajar meminta maaf kerana paksaan dari ibu bapanya. Pengajaran ini seharusnya disertai dengan penjelasan masalahnya, sehingga anak mampu untuk memberikan perasaan ikhlas ketika meminta maaf.
Elakkan untuk memaksa dengan menggunakan ancaman, hal ini akan membuat anak anda takut.
5. Memaafkan dan dimaafkan merupakan kebanggaan
Mungkin anak merasa susah untuk meminta maaf atas kesalahannya, di sini sebagai ibu bapa anda perlu jelaskan bahawa sikap ini mampu mengeratkan hubungan persahabatan dengan sesiapa.
6. Ajar penggunaan ayat yang betul
Ungkapan “Saya minta maaf” boleh membantu menyelesaikan masalah, tetapi mengajar anak anda untuk meminta maaf seharusnya menggunakan ayat tertentu untuk meluahkan perasaannya.
Daripada mengajar anak-anak anda untuk mengatakan “Saya minta maaf” bantu mereka mengembangkan ayat itu. Tanya anak anda untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa dia berkelakuan salah dalam kata-katanya sendiri. Kemudian bantu dia membinta ayat yang betul untuk meminta maaf.
Sebagai contoh: “Saya minta maaf sebab saya merampas mainan awak. Saya pun nak main juga dan saya malas untuk tunggu turn saya. Lain kali saya akan meminta dengan baik dan merebut dari awak ye?”. Dengan ayat tertentu, dia juga boleh mengurangkan apa-apa salah faham dengan rakan-rakan dan keluarga apabila perbezaan pendapat berlaku.
Ibu bapa sepatutnya menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak mereka, ini kerana pelajaran dari rumah adalah penting bagi menjadikan anak-anak yang terbaik.
sumber : http://siraplimau.com/
Sumber
0 Komentar untuk "6 Tips Ajar Anak Susah Minta Maaf. Ibu Bapa Cuba Amalkan!"