Gambar hiasan |
ALOR SETAR: Akibat tidak dapat menahan kemarahan, seorang peniaga kuetiau goreng telah bertindak menetak dan mencederakan isteri serta pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka sedang berdua-duaan dalam keadaan bogel di dalam rumah sewanya.
Peristiwa ini berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu lalu di sebuah rumah yang disewa oleh suspek di Kampung Langgar dekat sini.
Suspek dan keluarganya telah berpindah ke rumah itu kira-kira seminggu yang lalu.
Sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia, suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi
Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.
Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.
Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir putus.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sumber: mStar Online
0 Komentar untuk "Peniaga Kuetiaw Goreng Menetak Sehingga Parah Isteri dan Pembantu Kedainya Ketika Pulang Untuk Menonton Piala Dunia"