Pensyarah USM Trauma Kerana Sudah 8 Kali Rumah Dipecah Masuk Pencuri.






Gambar Hiasan
Tasek Gelugor: Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) kini berasa sangat buntu dan trauma setiap kali ingin meninggalkan rumahnya di Kampung Lahar Tambun, di sini.

Ini disebabkan oleh rumahnya kini sudah masuk lapan kali dipecah masuk oleh pencuri dalam tempoh 10 tahun dengan kes terkini berlaku pada hari Selasa minggu lalu. Dr Amir Shah Ruddin Md Sah, 45, berkata dia telah mengeluarkan wang yang banyak  dengan melakukan berbagai langkah keselamatan, rumahnya termasuk memasang pagar dan tembok sekeliling rumah, selain memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).

 “Semua tingkap dan pintu rumah saya dipasang jeriji besi. Saya juga memagar sekeliling rumah dan memasang CCTV, namun ia seperti tiada kesan,” katanya., di sini, semalam.

Katanya, beliau bersama isteri serta tiga anak mereka menetap di rumah berkenaan sejak tahun 2004 dengan kejadian pertama pecah masuk berlaku pada tahun 2005. “Pencuri seolah-olah memerhatikan gerak geri kami dan mereka masuk ketika saya dan isteri keluar bekerja atau waktu kami bercuti di kampung.

 “Saya kecewa kejadian ini terus berlaku walaupun aduan dibuat setiap kali pencerobohan berlaku, selain jarak rumah saya dengan Balai Polis Tasek Gelugor, hanya kira-kira satu kilometer,” katanya.

sumber: bharian
0 Komentar untuk "Pensyarah USM Trauma Kerana Sudah 8 Kali Rumah Dipecah Masuk Pencuri."

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info