Bapa Sembilan Anak Tergamak Rogol Anak Sendiri Yang Berusia 16 Tahun

KOTA BHARU 26 Jun - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang memiliki sembilan anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anaknya yang berusia 16 tahun, bulan lalu.

Tertuduh berumur 44 tahun itu didakwa memperkosa mangsa di sebuah rumah di Kampung Cina, di sini pada pukul 4 pagi sekitar Mei lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam bela pula memohon diberikan jaminan dengan alasan dia merupakan penanggung tunggal dalam keluarga.

"Saya meminta jaminan memandangkan isteri saya tidak bekerja, anak sembilan orang dan semua masih bersekolah. Saya menanggung nafkah mereka semua," katanya.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan dan menetapkan 4 Ogos ini untuk sebutan kes.
0 Komentar untuk "Bapa Sembilan Anak Tergamak Rogol Anak Sendiri Yang Berusia 16 Tahun"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info