Operasi mencari MH370 |
Syarikat bernama GeoResonance itu mendakwa bahawa mereka menemui serpihan tersebut di pantai Bengal yang berada 5000km dari kawasan pencarian. Menurut laporan itu lagi, syarikat tersebut sudah memulakan pencarian sejak 10 Mac lalu.
Kawasan pencarian oleh GeoResonance ini meliputi keluasan 2,000,000 kilometer persegi dengan menggunakan imej-imej yang diperolehi dari satelit dan kapal terbang. Mereka turut menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis semua data termasuk sebuah reaktor nuklear. Jurucakap syarikat, David Pope berkata, "Teknologi yang kami gunakan asalnya direka khas untuk mencari peledak nuklear dan kapal selam. Tapi pasukan kami dari Ukraine menggesa untuk cuba membantu mencari pesawat tersebut. Kami dapati terdapat elemen-elemen kimia dan peralatan yang ada digunakan dalam pembuatan Boeing 777 seperti aluminium, titanium, alloy dan lain-lain lagi dalam penemuan itu."
Namun demikian, Pope menegaskan lagi, "Serpihan itu tiada di sana sebelum kehilangan pesawat MH370. Kami tidak mengatakan bahawa ia sememangnya milik MH370. Namun ini merupakan satu petunjuk yang kami rasa perlu untuk diberi perhatian."
0 Komentar untuk "Serpihan pesawat MH370 sudah ditemui?"