Baca laporan sebelum ini disini
Admin page Dutch Lady dengan tenang dan profesionalnya menjawab semua pertanyaan itu dengan kenyataan di bawah:
Apa yang anda lihat di dalam kotak susu tersebut kelihatan sama seperti mineral yang telah menjadi pepejal.Ini tidak berbahaya dan terhasil akibat dari kotak susu rosak atau penyimpanan yang tidak betul. Kejadian ini jarang berlaku tetapi tidak mustahil kerana seperti yang kita tahu, susu atau produk tenusu mudah rosak.Selepas dibuka ia sepatutnya dihabiskan antara 2 – 3 hari dan disimpan di tempat sejuk dan kering. Walaupun sampel pengadu belum diperolehi, kami telah memulakan sisatan dalaman. Keputusan makmal awal berdasarkan sampel dari ‘batch’ sama yang dibeli oleh pengadu, telah menunjukkan bahawa sampel dari ‘batch’ ini tidak rosak dan selamat untuk diminum.Untuk keterangan lanjut, sila PM kami atau e-mel kami didutchladycareline@frieslandcampina.com.
Laporan dari MyMediaHub
0 Komentar untuk "Penyebaran Gambar Susu Mengandungi Bendasing Meloyakan, Ini Jawapan Pihak Dutch Lady"