Penemuan Kubu Sisa Perang Dengan Stock Makanan Yang Masih Terawet Selama 50 Tahun
Sebuah kubu peninggalan semasa perang dingin ditemui di laman belakang rumah keluarga Zwick di Neenah , Wisconsin . Kubu yang ditemui tersebut berukuran luas 8 x 10 kaki persegi dan terletak 5 meter dibawah permukaan tanah .
Bahagian dalam kubu ini sebahagiannya berkarat dan berlumpur
Keluarga Zwick baru menyedari kewujudan kubu tersebut di laman belakang rumah mereka walau mereka sudah lebih dari 10 tahun menduduki rumah tersebut . Dalam penemuan kubu tersebut ditemui juga perbekalan makanan dan barangan lain lengkap di dalamnya seperti direktori telefon dan kertas tandas pun juga dijumpai di dalam kubu tua ini, turut ditemui ialah lilin , gula-gula , raisins , sirap yang masih terawet dalam kubu ini
Kubu tersebut dibina pada tahun 1960 oleh Angkatan Bersenjata Amerika Syarikat , dan yang luar biasa darinya segala bekalan - bekalan yang ditenui di dalamnya masih terawet walaupun sebahagian dari kubu tersebut telah berkarat . Semua simpanan bekalan yang ditemui tersebut cukup untuk keperluan hidup selama 2 minggu .
0 Komentar untuk "Penemuan Kubu Sisa Perang Dengan Stock Makanan Yang Masih Terawet Selama 50 Tahun"