Yazer Akui Silap Muat Naik Gambar Selfie Atas Katil

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Yazer Akui Silap Muat Naik Gambar Selfie Atas Katil
6/29/2015 10:37:31 PM

SEBELUM ini pasangan suami isteri Yazer dan Ekin teruk dihentam netizen gara-gara memuat naik gambar selfie di atas katil sebulan lalu.

Mengakui kesilapan memuat naik gambar 'seksi' itu, Yazer berkata dia sama sekali tidak menyangka tindakan itu menjadi kontroversi selepas mereka dikutuk walaupun pada asalnya niat mereka hanya untuk upload foto tersebut untuk memberitahu bahawa mereka sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

yazer1`

Foto selfie atas katil yang mencetuskan kontroversi.

Memetik laporan mStar Online Yazer berkata, "Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen.

"Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat," katanya.

Menurut penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia itu, selepas ini dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik sebarang foto untuk dikongsikan kepada pengikut mereka di laman-laman sosial.

Sementara itu, Yazer mendedahkan isterinya kini sedang hamil enam bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka September ini.

Yazer dan Ekin diijabkabul pada 26 Disember tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Majlis Perkahwinan Yazer & Ekin

https://www.youtube.com/watch?v=IUqX6AgD5AY

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Yazer Akui Silap Muat Naik Gambar Selfie Atas Katil"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info