Peranan Askar Wataniah Perlu Ditingkat – Raja Muda Perlis

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Peranan Askar Wataniah Perlu Ditingkat – Raja Muda Perlis
6/29/2015 9:13:32 PM

KANGAR – Peranan Askar Wataniah (AW) wajar ditingkat dan diperkasakan menjadi pasukan sokongan barisan hadapan berikutan insiden-insiden tidak dijangka, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mengambil contoh kejadian pencerohonan di Lahad Datu, Sabah, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 AW berpangkalan di Kem Bukit Ketri, Arau bertitah atas faktor berkenaan, corak latihan pasukan itu wajar serupa dengan pasukan Tentera Darat.

"Tugas dan peranan AW pada masa hadapan bukan sekadar 'augment' (tambahan) tetapi adalah 'complement' (pelengkap) yang berperanan positif dan aktif membantu Angkatan Tetap mempertahankan tanah air.

"Keamanan dan keselamatan tidak boleh dikompromi oleh semua pihak kerana ia adalah asas kemakmuran dan kesejahteraan negara," titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis berbuka puasa bersempena lawatan kerja tahunan kerajaan Perlis ke Sabah yang dihoskan oleh Rejimen 516 AW di Kem Kukusan, Tawau, malam tadi.

Siaran media titah Tuanku Syed Faizuddin pada program yang masuk tahun ke-11 itu dikeluarkan Rejimen 504 AW di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda ialah Setiausaha kerajaan Perlis, Romli Dai; dua anggota Exco Ahmad Bakri Datuk Ali dan Mohd Jamil Saad.

Keberangkatan baginda di kem tersebut disambut oleh Panglima Markas Medan Tempur Tentera Darat, Lt-Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar; Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dan Komander Rejimen 516 AW Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan AW agar sentiasa bersikap profesional dan mempamerkan 'akal budi ketenteraan' yang sesuai dengan usaha Tentera Darat meningkatkan kecemerlangan dan integrasi keupayaan kognitif, efektif dan psikomotor anggota tentera yang seimbang.

Terdahulu, baginda dan anggota rombongan singgah di Maahad Tahfiz Ashabissyahid Bombalai, Tawau bagi menyampaikan sumbangan Ramadan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Peranan Askar Wataniah Perlu Ditingkat – Raja Muda Perlis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info