Penjaga Kaunter Mati Terjatuh Tingkat 6 Hotel

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Penjaga Kaunter Mati Terjatuh Tingkat 6 Hotel
6/29/2015 11:19:34 PM

TEMERLOH – Seorang penjaga kaunter sebuah pusat refleksologi di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah hotel kelmarin.

Ketua Balai Polis Temerloh, Asisten Superintendan Mohd Irwan Ismawi Sapawi berkata, mangsa Yeong Hing Ing 72, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

"Siasatan masih lagi dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pada peringkat awal kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

"Kita masih menunggu laporan bedah daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh sebelum mengetahui punca sebenar kematian," katanya sambil memberitahu mangsa dipercayai mendaftar masuk ke hotel berkenaan seorang diri pada hari sama dan siasatan awal tidak menemui sebarang bentuk kejadian jenayah.

Menurutnya, polis telah memaklumkan kepada dua anak mangsa di Singapura mengenai kejadian itu.

"Kita minta mana-mana pihak yang ada maklumat yboleh membantu siasatan supaya tampil menyalurkan maklumat kepada polis," katanya. - Sinar Harian Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Penjaga Kaunter Mati Terjatuh Tingkat 6 Hotel"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info