Pemberontak Komunis Terkenal Filipina Dibunuh

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pemberontak Komunis Terkenal Filipina Dibunuh
6/29/2015 10:16:33 PM

Davao (Filipina) – Ketua pemberontak komunis terkenal Filipina mati ditembak pasukan khas tentera sekali gus memberi tamparan hebat kepada kumpulan berkenaan, kata tentera semalam.

Komander Tentera Baru Rakyat (NPA), Leonardo Pitao ditembak mati oleh pasukan khas tentera Filipina di satu kawasan pergunungan berhampiran Davao kelmarin.

"Pitao atau lebih dikenali sebagai Komander Parago adalah idola NPA dan kini anggota kumpulan itu melihat pemimpin mereka akhirnya tewas kepada undang-undang.

"Kematian Pitao bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada NPA tetapi ia juga bakal menyaksikan kejatuhan kumpulan itu di wilayah Davao," kata jurucakap tentera, Eduardo Ano.

Seorang wanita yang dipercayai doktor Pitao juga terbunuh dalam operasi tentera yang menyasarkan pemimpin gerila paling terkenal di Mindanao itu.

Pemberontak berusia 46 tahun itu didakwa bertanggungjawab terhadap puluhan ribu nyawa yang terkorban dan menyebabkan wilayah berkenaan mundur.

NPA dianggarkan mempunyai kekuatan seramai 4,000 pejuang yang separuh daripada mereka berada di Mindanao.

Tentera berkata, kumpulan itu memperoleh dana hasil peras ugut peniaga di kawasan itu.

Beberapa waran tangkap juga dikeluarkan terhadap Pitao atas pelbagai jenayah termasuk membunuh dan merompak. – AFP/myMetro Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pemberontak Komunis Terkenal Filipina Dibunuh"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info