MAS Hantar Surat Penamatan Perkhidmatan 20,000 Kakitangan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

MAS Hantar Surat Penamatan Perkhidmatan 20,000 Kakitangan
6/1/2015 8:19:38 AM

SEPANG – Malaysian Airline System Bhd (MAS) akan menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula hari ini, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB).

MAB ialah entiti baharu yang ditubuhkan oleh pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha untuk memulihkannya bagi meraih semula keuntungan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya yang bakal dilantik Christoph Mueller dalam satu taklimat hari ini berkata 14,000 pekerja yang menerima surat tawaran akan diberikan masa 12 hari untuk memutuskannya manakala pekerja yang memutus untuk menyertai MAB akan mula bekerja dengan entiti baharu itu bermula 1 Sept.

Menyifatkan proses penyusunan semula MAS itu sebagai "pemulihan semula yang sukar', beliau berkata model perniagaan MAB akan sebahagian besarnya komersial dengan harapan syarikat penerbangan itu akan bangkit semula menjelang 2017.

Penyusunan semula kapasiti termasuk penamatan perkhidmatan kakitangan, merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan 12 perkara MAS yang diumumkan Khazanah dalam usaha untuk mengekang kos. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "MAS Hantar Surat Penamatan Perkhidmatan 20,000 Kakitangan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info