Malim Gunung Mhd Rizuan Kauhinin, Berharap Dapat Berjumpa Semula Dengan Budak Yang Diselamatkannya

 

 

Siakap Keli News

Malim Gunung Mhd Rizuan Kauhinin, Berharap Dapat Berjumpa Semula Dengan Budak Yang Diselamatkannya
6/8/2015 10:41:00 PM



Seorang Malim gunung, Mhd Rizuan Kauhinin yang gambarnya menjadi viral di laman sosial baru-baru ini berharap dapat bertemu semula dengan seorang budak lelaki berjaket merah yang diselamatkannya sebelum ini.

"Saya hanya ingin tahu keadaannya. Saya tidak begitu ingat wajahnya tetapi saya cuma ingin tahu bahawa dia selamat," kata Mhd Rizuan.

Menurut Rizuan dia tidak sama sekali menyedari gambarnya diambil semasa menyelamatkan budak berkenaan dan tidak menyangka gambar itu menjadi viral dan ada yang mengangkat dia sebagai salah seorang wira.

"Saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Saya bukan orang yang terkenal. Apa yang saya lakukan ialah dengan ikhlas dan bukan untuk popular. Saya benar-benar ingin membantu. Apa yang penting ketika itu ialah membawa budak itu ke tempat selamat."

"Saya bukan orang yang terkenal. Apa yang saya lakukan ialah dengan ikhlas dan bukan untuk popular. Saya benar-benar ingin membantu. Apa yang penting ketika itu ialah membawa budak itu ke tempat selamat," katanya.

Menceritakan pengalaman dia menyelamatkan budak tersebut, Mhd Rizuan berkata dia dan beberapa malim gunung yang lain telah menjumpai kanak-kanak tersebut sedang menahan kesakitan di sekitar KM4.4 laluan denai hutan.

"Kanak-kanak itu tidak dapat bergerak kerana cedera di belakang. Kami beri dia makanan dan air.

"Saya dukung dia di belakang untuk membawakan turun," katanya.

Semasa dukung budak tersebut, dia mengalami kesakitan dibelakang menyebabkan dia dan rakan-rakannya terpaksa berhenti beberapa kali sebelum sampai ke kaki gunung.

"Dia sering meraung kesakitan kerana tidak tahan sakit. Kami terpaksa berhenti banyak kali, namun saya cuba sedaya upaya untuk bawa dia secepat mungkin ke Kabin Layang-Layang.

"Di Kabin Layang-Layang, kami memindahkan kanak-kanak itu ke dalam pengusung," katanya.

Di Timpohan Gate, kanak-kanak itu telah dikejarkan hospital menggunakan ambulan.

Beliua yang sudah lima tahun menjadi Malim Gunung berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu mereka yang berdepan kesusahan. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Malim Gunung Mhd Rizuan Kauhinin, Berharap Dapat Berjumpa Semula Dengan Budak Yang Diselamatkannya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info