Lelaki Maut Digilis Lori Di Kemaman

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Lelaki Maut Digilis Lori Di Kemaman
5/31/2015 5:43:39 AM

KEMAMAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis oleh sebuah lori di Kilometer 152.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu mangsa Hamdan Salleh, 41, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke sebuah pasar raya bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori logistik yang dalam perjalanan ke Kuantan.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Normansah Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Lelaki Maut Digilis Lori Di Kemaman"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info