Dewan Ulama PAS Lulus Usul Batal Hubungan Dengan DAP

 

 

Siakap Keli News

Dewan Ulama PAS Lulus Usul Batal Hubungan Dengan DAP
6/3/2015 7:38:00 AM

KUALA LUMPUR: Ekoran serangan tanpa henti DAP terhadap PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dewan Ulama PAS Pusat hari ini meluluskan satu usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP.
Usul yang dibawa oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik itu disambut gemuruh seluruh perwakilan dengan laungan 'Takbir' dan turut berdiri sebagai tanda sokongan.
"Kita sedia maklum bagaimana DAP lantang menggugat kedudukan PAS dan Presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan Presiden kita, yang menjadi ayah kita.
"Apakah kita sebagai anak-anak dalam PAS tidak ada perasaan? Sanggup menyerahkan PAS dan Presidennya dinodai oleh DAP? Kita sedar bahawa keberaniaan DAP ini bersumberkan kepada sikap sesetengah daripada kita yang tidak wala' kepada Presiden dan parti," katanya, memetik laporan Antarapos.
Keputusan itu diambil rentetan kemuncak tindakan DAP memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS itu selepas beliau dilihat terlalu enggan mengikut dasar bersama Pakatan Rakyat (PR). 
Persengketaan antara PAS-DAP amat ketara berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Bukan itu sahaja, PAS kesal dengan cara DAP mencampuri urusan parti itu, malah mempengaruhi keputusan perwakilan muktamar dalam memilih barisan kepimpinan PAS yang baru.
"Mereka cuba mengawal muktamar yang kita adakan. Sehingga memberi isyarat jika sekiranya mahu PAS kekal di dalam PR dan mecapai cita-cita, maka kita kena kekalkan kepimpinan yang pro-PR dan DAP.
"...Lalu untuk menselesakan mereka, mereka lakukan usaha mensekularkan PAS. Tetapi kita tidak akan membenarkan dan mengizinkan ia berlaku," tegasnya. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dewan Ulama PAS Lulus Usul Batal Hubungan Dengan DAP"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info