CAGM – Apa Kaitan Tun M Dengan Syarikat Tenaga Nuklear Perancis?

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

CAGM – Apa Kaitan Tun M Dengan Syarikat Tenaga Nuklear Perancis?
6/1/2015 6:02:32 AM

Dua hari lalu, satu badan bukan kerajaan (NGO), Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM) membuat tawaran lumayan kepada mana-mana pihak untuk tampil membongkar kekayaan tersembunyi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun memacu jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Hadiah RM1 Juta Jika Ada Info Kekayaan Rahsia Tun M

Bukan 'kecil-kecil anak' tawaran yang bakal diberikan! NGO terbabit berkata, individu yang berjaya membongkar rahsia kekayaan Tun M yang masih tidak diketahui umum akan diberikan sejumlah wang bernilai RM1 juta.

Tidak menunggu lama, hari ini, CAGM tampil menyoal Tun M tentang dakwaan keterlibatannya dengan sebuah syarikat gergasi tenaga nuklear di Perancis, EDF atau Électricité de France.

Menerusi satu kenyataan media yang dikirim melalui email, CAGM berkata, pihak mereka menerima bukti dari satu sumber berpengkalan di Paris, Perancis tentang tuduhan 'penglibatan strategik' figura tersebut untuk mengambil alih projek loji kuasa nuklear bernilai kira-kira USD20 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

CAGM2 (1)

Berdasarkan maklumat yang diberi, Tun M dikatakan berperanan sebagai 'fasilitator' kepada EDM untuk memasuki rantau Asian, khususnya Malaysia.

EDF merupakan sebuah syarikat loji kuasa nuklear terbesar dunia dengan pendapatan tahunan lebih 70 bilion euro atau kira-kira RM280 bilion.

Melalui kenyataan media tersebut, CAGM berkongsi beberapa maklumat dari sumber tersebut.

Antaranya, penglibatan Tun M didakwa bermula semenjak 2005 di Mesir kerana memiliki hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri yang telah digulingkan, Husni Mubarak.

Merujuk sumber, pengaruh Tun M ketika itu telah membawa kepada rundingan antara EDF dengan Tanjong Group Malaysia, sebuah syarikat milik taikun Ananda Krishnan yang juga rakan rapatnya.

Akhirnya, rundingan dimetrai pada 3 Mac 2006 yang mana Tanjong Group membeli unit kuasa EDF dan dua lojinya pada harga USD307 juta.

Pengambilalihan tersebut telah dibuat Kuasa Nusajaya (L) Ltd, anak syarikat milik penuh Tanjong Energy Holdings yang merupakan anak syarikat dimiliki sepenuhnya Tanjong Group.

Kini, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat kepada Powertek Investment Holdings Sdn Bhd, yang dimiliki oleh syarikat pelaburan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

1MDB

Sementara itu, dalam kenyataan kepada MyNewsHub, Pengerusi CAGM, Md Zainal Abidin menafikan tuduhan yang dilemparkan banyak pihak kepada NGO itu, kononnya mereka disokong pihak tertentu.

Jelas Md Zainal, CAGM bukanlah badan partisan, malah mereka berazam untuk membongkar kemewahan yang dimiliki pemimpin-pemimpin Malaysia tanpa bias.

"Kita bukan nak protect sesiapa. Sebagai sebuah NGO, kita kutip semua fakta dan data dan akan serahkan bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Interpol dan sebagainya."

Jelas Md Zainal lagi, tindakan memilih Tun M sebagai sasaran pertama adalah kerana mereka percaya, permasalahan yang sedang berlegar di atmosfera politik Malaysia kini berpunca darinya.

CAGM turut mengalu-alukan reaksi dari Tun Dr Mahathir terhadap dakwaan-dakwaan yang dilontarkan kepadanya.

Kita tunggu dan lihat, siapa yang kena…

MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Najib Razak Jawab Kritikan Tun M Tentang BR1M

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "CAGM – Apa Kaitan Tun M Dengan Syarikat Tenaga Nuklear Perancis?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info