99 Rangka Mayat Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Ditemui

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

99 Rangka Mayat Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Ditemui
6/7/2015 7:15:35 AM

WANG KELIAN – Sebanyak 99 rangka mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia telah ditemui dan dikeluarkan setakat hari ini.

Pada 5.25 petang tadi, sebanyak 30 rangka mayat lagi ditemui di dalam 31 liang kubur dan dikeluarkan dari kawasan perkuburan di Bukit Genting Perah melalui kawasan Felcra Lubuk Sireh di sini hari ini.

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail yang dihubungi mengesahkan 31 kubur digali dan hanya satu kubur tidak mempunyai mayat dan jumlah kubur yang belum digali dipercayai 18 ke 20 kubur.

"Sekiranya tiada apa-apa halangan, kesemuanya akan siap digali esok," katanya.

"Saya dimaklumkan hujan lebat tadi pada 3.20 petang dan keadaan (membawa mayat keluar) lebih sukar kerana laluan licin di kawasan bukit," katanya.

Pada 5 Jun, 14 rangka mayat berkafan ditemui dalam 12 kubur yang digali di hutan simpan Mata Air dan semalam 20 rangka mayat berkafan ditemui di dalam 20 liang kubur di tempat sama.

Sebelum itu 35 mayat dan rangka manusia dikeluarkan dari Bukit Wang Burma. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "99 Rangka Mayat Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Ditemui"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info