Ungku Ismail ingin bantu kanak kanak hidap kanser

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Ungku Ismail ingin bantu kanak kanak hidap kanser
5/25/2015 8:11:46 PM

Ungku Ismail ingin bantu kanak kanak hidap kanser

Ungku Ismail

KUALA LUMPUR: Selepas pembabitannya menjayakan telefilem berjudul Travelling Beruang, terdetik di hati Ungku Ismail untuk mencetuskan satu inisiatif murni.

Inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit kanser, dihebahkan pelakon itu menerusi laman Instragram.

Mengikut pelakon itu yang mendapat lonjakan populariti selepas drama Teman Lelaki Upahan, pengalaman menghayati watak sebagai seorang ayah yang terkesan dengan pemergian anak akibat kanser dalam Travelling Beruang, dia nekad merencanakan sesuatu yang bermakna kepada masyarakat.

Hastag #travellingberuang mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk TV3 sehingga dia dipanggil menceritakan lebih lanjut sasarannya itu menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI), hari ini.

Baginya setiap usaha bermula dengan gerak kerja. Setakat ini, Ungku Ismail sudah memulakan kempen itu secara kecil-kecilan dengan meminta peminatnya mengenakan topeng muka sebagai sokongan terhadap inisiatif itu.

Sesudah tampil dalam MHI, Ungku Ismail berharap inisiatifnya dapat dikembangkan lagi sehingga mendapat sokongan masyarakat termasuk kalangan korporat.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Ungku Ismail ingin bantu kanak kanak hidap kanser"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info