Putera Jordan mahu FIFA pulih keyakinan; bukan tambah krisis

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Putera Jordan mahu FIFA pulih keyakinan; bukan tambah krisis
5/27/2015 9:10:48 AM

Putera Jordan mahu FIFA pulih keyakinan; bukan tambah krisis

Ali bin Al Hussein. – Foto AP

LONDON: Putera Jordan, Ali bin Al Hussein – calon untuk menggantikan Sepp Blatter selaku presiden baharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) – berkata badan induk itu memerlukan satu kepimpinan untuk memulihkan keyakinan penyokong seluruh dunia.

Dia berkata demikian selepas penahanan pegawai tertinggi FIFA di Zurich yang didakwa menerima rasuah berjuta ringgit oleh Amerika Syarikat, hari ini.

Pihak berkuasa di Switzerland pula sudah memulakan penyiasatan ke atas skandal itu yang lebih terarah kepada isu undian mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia 2018 dan 2022.

"Kita tak boleh terus bergerak dengan krisis yang melanda FIFA. Krisis yang sudah berlarutan dan bukan hanya membabitkan hari ini.

"FIFA memerlukan kepimpinan yang mentadbir, mengawasi dan melindungi persatuan kebangsaan.

"Kita mahu melihat kepimpinan yang menerima tanggungjawab atas tindakan dan tidak menyalahkan pihak lain. Kita juga mahu melihat kepimpinan yang boleh memulihkan keyakinan berjuta peminat bola sepak secara global," menurut kenyataan dari pejabatnya, hari ini. – Reuters

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

Related Post

0 Komentar untuk "Putera Jordan mahu FIFA pulih keyakinan; bukan tambah krisis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By Catatan Info