MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Permainan Baru, Kegilaan Kanak-Kanak Panggil Roh
5/27/2015 9:50:48 PM
LONDON – Kemunculan satu permainan baru yang dipercayai boleh memanggil roh kini menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja.
Permainan yang dikenali sebagai 'Cabaran Charlie Charlie' digambarkan sebagai ritual ghaib dan membolehkan pemain berhubung dengan roh.
Cara permainannya hanya menggunakan dua batang pensel yang disilangkan dan diletakkan di atas sehelai kertas yang ditulis dengan perkataan 'Ya' dan 'Tidak'.
Si pemain kemudiannya menyeru roh dengan menyebut 'Charlie, Charlie boleh kita main?' sebanyak dua kali dan menunggu pensel itu bergerak.
Sekiranya pensel menunjuk ke arah 'Ya', mereka boleh mula bertanyakan soalan.
Untuk menamatkan permainan, mereka perlu meminta kebenaran dengan menyebut 'Charlie, Charlie bolehkah kita berhenti?'
Mereka perlu menunggu sehingga pensel menunjukkan ke arah 'Ya'.
Selesai bermain, mereka harus menjatuhkan pensel ke lantai supaya roh itu boleh kembali ke tempat asal dan tidak mengganggu pemain.
Permainan itu menjadi popular selepas ramai remaja memuat naik video pensel yang bergerak sendiri di Internet.
Sekumpulan remaja di sini memberitahu permainan itu sangat menyeramkan walaupun mereka tahu tidak mungkin roh masuk ke dalam pensel berkenaan.
"Kami mahu berseronok dan tahu pensel itu bergerak akibat gerakan kami sendiri.
"Bagaimanapun, melihat pergerakan pensel itu sudah cukup untuk membuat kami berasa seram," katanya. – Harian Metro Online
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Permainan Baru, Kegilaan Kanak-Kanak Panggil Roh"