Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Nasir mahu bukti sesuatu kepada Dollah temu Tottenham
5/26/2015 10:56:36 AM
DOLLAH (tiga dari kiri) bersama pemain Malaysia di sesi latihan Pasukan Malayisa untuk persiapan perlawanan persahabatan pasukan Tottenham Hotspur di Stadium Shah Alam. – Foto Shazreen Zamzuri
SHAH ALAM: Kapten pasukan Perak, Mohd Nasir Basharuddin yang dipanggil menyertai pasukan Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur malam esok, mahu membuktikan kemampuan kepada jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh.
Pemain tengah berusia 25 tahun itu yang pertama kali dipanggil menyarung jersi kebangsaan, berkata beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk terus menganggotai pasukan Harimau Malaya selepas aksi persahabatan menentang kelab EPL itu.
"Saya akan cuba buat yang terbaik, buktikan kepada jurulatih sebab dia yang pilih saya untuk perlawanan kali ini, maka saya kena tunjuk kemampuan yang saya ada.
"Saya rasa keserasian dengan pemain import tidak akan menjadi masalah kerana sepanjang 10 hari latihan, perkara ini yang jurulatih banyak tekankan," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pasukan tersebut di Stadium Shah Alam, hari ini.
Pemain kelahiran Taiping itu juga berkata tumpuan patut diberikan kepada semua pemain lawan esok, namun tumpuan lebih harus diberikan untuk menyekat kemaraan penjaring terbanyak 'Spurs' musim ini, Harry Kane.
"Saya hormat mereka sebagai pemain profesional di luar padang tetapi di dalam padang, macam biasa, anggap mereka sebagai lawan," katanya.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Nasir mahu bukti sesuatu kepada Dollah temu Tottenham : 5/26/2015 11:27:33 AM"