Najib jawab lagi kritikan terhadap GST, dakwaan Dr Mahathir

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Najib jawab lagi kritikan terhadap GST, dakwaan Dr Mahathir
5/27/2015 8:40:00 AM

Najib jawab lagi kritikan terhadap GST, dakwaan Dr Mahathir

NAJIB hari ini menjawab kritikan yang dibuat terhadap beliau dan kerajaan dalam catatan terbaru beliau melalui blog NajibRazak.com.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab lagi kritikan yang dibuat terhadap beliau dan kerajaan, dengan memberi fokus kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan dakwaan yang disuarakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbaru beliau melalui blog NajibRazak.com, Najib berkata: "Ia adalah sambungan kepada FAQ (soalan lazim) sebelum ini."

Pada 17 Mei, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan berkenaan serta maklum balas beliau melalui blog itu, antaranya tuduhan berkaitan isu Altantuya dan 1MDB.

Dalam respons beliau mengenai kritikan terhadap GST, Najib berkata: "Saya faham bahawa beberapa kebimbangan disuarakan mengenai GST yang diperkenalkan.

"Bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang betul bagi seluruh rakyat Malaysia, walaupun ia mungkin kelihatan sukar ketika ini.

Najib berkata, ketika ini hanya seorang dalam setiap 10 orang rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan oleh itu, adalah penting kerajaan meluaskan asas percukaian demi kebaikan ekonomi untuk jangka panjang.

"Lagi pun, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa 23 peratus daripada hasil kerajaan ketika ini datangnya daripada minyak dan gas.

"Seperti yang dapat kita saksikan daripada kejatuhan teruk harga minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak mampu mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan aliran hasil itu semata-mata.

"Inilah sebabnya kami mengumumkan satu pembaharuan terhadap sistem percukaian, dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

"Pengenalan GST akan membantu kita dalam membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih lestari dan telus: Ia akan mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur untuk masa depan kita dan menolong memacu ke hadapan pembangunan negara kita," katanya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Najib jawab lagi kritikan terhadap GST, dakwaan Dr Mahathir"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info