MyCC: Empat badan profesional hapuskan skala yuran

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

MyCC: Empat badan profesional hapuskan skala yuran
5/26/2015 4:29:18 AM

MyCC: Empat badan profesional hapuskan skala yuran

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hari ini mengesahkan empat badan profesional yang dikeluarkan arahan untuk menghapuskan skala yuran mereka kini sudah bertindak untuk berbuat demikian.

Keempat-empat badan profesional itu ialah Institut Penimbangtara Malaysia (MiARB), Institut Arkitek Malaysia (PAM), Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) dan Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), demikian menurut MyCC dalam satu kenyataan di sini.

"Badan profesional ini telah melaksanakan syarat-syarat yang ditentukan oleh MyCC dan pihak MyCC telah mengesahkan bahawa mereka sudah menghapuskan skala yuran mereka.

"Empat badan profesional ini turut mengumumkan bahawa skala yuran mereka dihapuskan dan tidak lagi boleh digunapakai supaya ia mematuhi Akta Persaingan 2010," katanya.

Ia diterima secara umum oleh kebanyakan penguat kuasa persaingan seluruh dunia di mana penetapan yuran oleh badan profesional akan diikuti oleh anggota-anggota mereka yang akan menyebabkan pelanggaran terhadap undang-undang persaingan, katanya.

"Badan-badan lain atau persatuan perdagangan yang mana tidak mempunyai asas undang-undang menyediakan skala yuran sepatutnya mengikut contoh baik empat buah badan ini supaya mematuhi Akta," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan itu. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "MyCC: Empat badan profesional hapuskan skala yuran"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info