MB Perlis Sifat Anggota Sindiket Pemerdagangan Sebagai Kejam

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

MB Perlis Sifat Anggota Sindiket Pemerdagangan Sebagai Kejam
5/27/2015 9:02:30 AM

KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menyifatkan pihak yang terbabit dengan kematian mangsa sindiket pemerdagangan manusia sebagai kejam dan tidak berhati perut.

"Tindakan mereka terhadap orang-orang yang tidak bersalah tidak boleh dilepaskan. Saya mahu pihak-pihak yang bersekongkol dengan sindiket ini juga ditangkap dan didakwa di mahkamah.

"Pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah menyisat secara menyeluruh untuk mengemukakan bukti. Jika perlu kakitangan Jabatan Perhutanan disiasat," katanya dalam satu kenyataan media.

Mengikut kenyataan itu, Azlan berkata oleh kerana kubur-kubur telah ditemui adalah wajar pihak berkuasa memastikan mayat-mayat tersebut dikebumikan dengan penuh penghormatan.

Beliau melahirkan kecurigaannya kemungkinan penduduk tempatan bersekongkol dengan penceroboh asing berdasarkan jumlah kubur yan banyak ditemui di kem-kem haram sebelah Malaysia di Bukit Wang Burma yang hampir dengan sempadan Thailand.

Ketua Polis Negara Tan Khalid Abu Bakar mengumumkan Isnin lepas penemuan 139 kubur di 28 kem di Bukit Wang Burma dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Mangsa-mangsa tersebut dipercayai rakyat Bangladesh dan ethnik Rohingya dari Myanmar yang lari dari kekacauan negara mereka untuk bekerja di Malaysia tetapi terperangkap dengan sindiket pemerdagangan manusia. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "MB Perlis Sifat Anggota Sindiket Pemerdagangan Sebagai Kejam"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info