"Kumpulan maut' bukan halangan buru emas – Hamidin

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

"Kumpulan maut' bukan halangan buru emas – Hamidin
5/27/2015 10:42:46 AM

"Kumpulan maut' bukan halangan buru emas – Hamidin

HAMIDIN (lima dari kanan) ketika menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua pasukan skuad bola sepak negara bawah 23 sebelum berlepas ke Singapura, di Wisma FAM hari ini. – Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Skuad bola sepak kendalian jurulatih, Datuk Ong Kim Swee diyakini mengulangi kejayaan empat tahun lalu meraih pingat emas walaupun berada dalam 'kumpulan maut' dalam Sukan SEA akan datang.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohamad Amin berkata FAM yakin dengan kemampuan pasukan bawah 23 tahun itu meraih ibu segala pingat pada temasya dwitahunan itu walaupun diundi dalam kumpulan berkenaan.

"Sasaran pingat emas FAM adalah wajar. Saya yakin dengan kebijaksanaan taktikal Kim Swee, skuad negara mampu meraih pingat emas walaupun diundi dalam kumpulan maut.

"Saya beritahu skuad negara, bermain bersama pasukan yang kuat dapat memberikan pasukan lebih bersedia dan fokus…biar pasukan lepas ke separuh akhir dulu. Kalau semua beri komitmen pasti skuad boleh ke final," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad bola sepak B-23 itu di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.

Malaysia berdepan laluan sukar selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste.

"Pasukan kendalian Kim Swee pernah melakukan kejutan meraih pingat emas pada 2011 di Jakarta dengan mengalahkan tuan rumah, cuma ketika di Myanmar dua tahun lalu kita hanya melepasi pusingan separuh akhir sahaja," kata Hamidin.

Skuad negara akan membuka kempen menentang Timor Leste pada 30 Mei; Vietnam (2 Jun); Thailand (4 Jun); Brunei (8 Jun) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan berdepan Laos pada 11 Jun.

Kesemua perlawanan Kumpulan B berlangsung di Stadium Bishan manakala aksi Kumpulan A yang melibatkan tuan rumah Singapura, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Kemboja di Stadium Jalan Besar.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata pasukan Indonesia mungkin tidak berdepan masalah meneruskan saingan pada Sukan SEA kali ini, namun keputusan rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tentang kedudukan Persatuan Seluruh Sepak Bola Indonesia (PSSI) akan diketahui pada Jumaat ini.

Beliau difahamkan PSSI dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) mencapai kata sepakat ekoran isu bola sepak negara itu.

"Semalam saya bercakap dengan Pak Hinca Panjaitan (Naib Presiden PSSI). Saya mendapat maklumat secara verbal. Mereka hampir menyelesaikan masalah dengan pemerintah (Kemenpora).

"Kemungkinan 29 Mei ini FIFA akan mengeluarkan keputusan. Mungkin tiada penggantungan," katanya.

Campur tangan kerajaan Indonesia meletakkan PSSI dalam bahaya dan perkara tersebut boleh mengundang kepada penggantungan oleh FIFA.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Kim Swee mahu undian dilakukan semula sekiranya Indonesia tidak menyertai acara bola sepak pada Sukan kali ini.

Katanya, undian semula perlu dibuat untuk memastikan tidak berlaku situasi berat sebelah antara 10 pasukan bertanding. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk ""Kumpulan maut' bukan halangan buru emas – Hamidin"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info