Kisah Model Cantik Terpaksa Berkerjaya Sebagai Lelaki

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Kisah Model Cantik Terpaksa Berkerjaya Sebagai Lelaki
5/25/2015 10:47:02 AM

Kisah Model Cantik Terpaksa Berkerjaya Sebagai Lelaki

Dengan modal rambut panjang yang berambut perang, badan langsing, dan kaki jenjang, Elliott Sailors bergabung dengan agensi model berprestij Ford. Wajah cantik dan lekuk tubuhnya saat mengenakan bikini menghiasi papan billboard di seluruh dunia.

Tetapi itu dulu.Seiring masa, permintaan pekerjaannya makin berkurangan di industri modelling – yang menganggap usia 25 tahun sebagai 'separuh baya'. Sailors, kini 31 tahun, beliau menganbil keputusan, ia memotong rambut perangnya dan bertransformasi menjadi model lelaki.

Sailors tidak lagi mengenakan bibir merahnya ketika melenggang di catwalk, kini ia mengikat payudaranya agar dadanya rata, serta menonjolkan garis rahangnya.

"Aku memulakan semula kerjaya – yang umurnya lebih panjang," katanya kepada New York Post. "Model lelaki tidak semestinya kelihatan muda, jadi aku masih punya banyak masa."

Bekas peserta ratu cantik berasal dari Tucson, Arizona tersebut mengaku, menjadi model pakaian lelaki seperti peralihan yang alami baginya. Sebab, "Di awal kerierku sebagai model aku merasa mengecewakan kerana penampilanku terlalu kurang."

"Aku mempunyai rahang kuat, dahi lebar, alis tebal. Aku terasa seperti lelaki yang dipenuhi make up," tambah Sailors.

Kini, setiap kali mengikuti casting model, Sailors akan mengenakan kemeja flanel, seluar jeans koyak, kasut bot, dan jaket Bikers. Rambutnya dipotong pendek di salon lelaki langganannya, Decatur and Sons di Chelsea.

Kerjayanya itu disokong suaminya Adam Santos-Coy. Meskipun ketika berkahwin, Sailors adalah seorang perempuan seksi dengan rambut pirang menggoda.

"Suamiku tahu, orang-orang akan melihatku dengan perspektif berbeza apabila aku melakukannya (menjadi model lelaki). Yang tak ia sedari justru pandangan orang terhadapnya," kata Sailors. Orang-orang kini mengagak mereka pasangan gay.

Apalagi, sehari-hari Sailors berpenampilan tomboi, dengan pakaian lelaki. Lebih simpel, katanya. Tak perlu berdandan dan memakai kasut tumit tinggi.

Dengan penampilannya, tidak ada yang akan membukakan pintu untuknya. Padahal, salah satu bentuk kesopanan lelaki Barat adalah membukakan pintu untuk para wanita.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kisah Model Cantik Terpaksa Berkerjaya Sebagai Lelaki"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info