Jepun mahu kereta api laju Shinkansen beroperasi di Malaysia

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Jepun mahu kereta api laju Shinkansen beroperasi di Malaysia
5/25/2015 8:13:11 PM

Jepun mahu kereta api laju Shinkansen beroperasi di Malaysia

SEBUAH keretapi laju berteknologi tinggi Shinkansen yang menjadi kebangaan negara Jepun. – Gambar hiasan

TOKYO: Jepun hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negara itu, Shinkansen, digunakan dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Hasrat itu disuarakan Perdana Menterinya, Shinzo Abe, dalam mesyuarat dua hala dengan delegasi Malaysia yang diketuai Datuk Seri Najib Razak, di sini, hari ini.

"Saya berharap dapat melihat Shinkansen beroperasi di bumi Malaysia," katanya pada sidang media bersama dengan Najib, selepas mesyuarat di pejabat Abe.

Mengulas perkara itu, Najib berkata, mereka menghabiskan masa yang lama bagi membincangkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi membabitkan kerajaan Malaysia serta Singapura berkenaan.

"Kita dimaklumkan mengenai signifikan serta kepentingan projek itu oleh Jepun," kata Najib.

Esok, Najib akan merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api laju berkenaan menerusi perjalanan selama 96 minit ke Sendai, kira-kira 325 kilometer dari Tokyo. Perkhidmatan Shinkansen itu merangkumi laluan kira-kira 2,400 kilometer yang merentasi Jepun.

Sebelum perjalanan esok, Najib akan diberi taklimat oleh pegawai Perkhidmatan Keretapi Jepun mengenai Shinkansen serta pembangunan di sekitar stesen Tokyo selain melawat kokpit kereta api itu.

Pada awal bulan ini, Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, mengulangi komitmen penuh kedua-dua negara bagi menjayakan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi itu, yang mampu mengurangkan masa perjalanan kepada kira-kira 90 minit berbanding tiga jam menerusi jalan raya, pada masa ini. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Jepun mahu kereta api laju Shinkansen beroperasi di Malaysia"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info