JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Restoran Secret Recipe Kerana Gagal Patuhi GMP

 

 

Siakap Keli News

JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Restoran Secret Recipe Kerana Gagal Patuhi GMP
5/26/2015 12:40:00 AM



Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dikatakan telah menarik semula sijil pengesahan halal Syarikat makanan terkenal Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd kerana telah melanggar prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) yang serius.

Memetik laporan Malaysiakini, Pengarah Bahagian Hab Halal jabatan Hakimah Mohd Yusoff menegaskan penarikan sijil itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan terlarang atau haram dalam pemprosesan produk keluaran mereka.



Menurut beliau penarikan sijil tersebut berkuatkuasa 7 Mei lalu.

Pihak JAKIM telah memanggil syarikat tersebut dan mereka sudah berjanji segera membetulkan kesalahan tersebut sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Restoran Secret Recipe Kerana Gagal Patuhi GMP"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info