Jadikan Malaysia Buah Mulut Pelancong – Najib

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Jadikan Malaysia Buah Mulut Pelancong – Najib
5/27/2015 9:27:52 PM

KUALA LUMPUR – Keseluruhan rantaian penyedia perkhidmatan pelancongan disaran memainkan peranan yang lebih dinamik bagi memberi pengalaman terbaik kepada pelancong, sekali gus menjadikan Malaysia buah mulut di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sehubungan itu, strategi pemasaran yang meluas dan efektif diperlukan baik dari pintu masuk negara sehingga ke peringkat hotel bagi mewujudkan pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan pelancong.

"Untuk melonjakkan industri pelancongan negara ke peringkat lebih tinggi, Malaysia perlu ada produk (penyampaian) yang berbeza.

"Baik dari segi fizikal, ekosistem, budaya memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong.

"Jangan pula kita sekali-kali melihat pelancong itu ruang untuk meraih keuntungan yang berlebihan termasuk menipu dengan mengenakan harga tinggi seperti pemandu teksi yang tidak menggunakan meter," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan malam Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) di sini malam tadi.

Hadir sama presidennya Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Najib berkata pilihan sama ada untuk mewujudkan pengalaman menarik atau buruk kepada pelancong terletak di tangan penyedia perkhidmatan pelancongan untuk mencorakkan dan menjayakannya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata pertumbuhan industri pelancongan serantau memberi keyakinan kepada Malaysia untuk mencapai sasaran ketibaan pelancong sejumlah 36 juta orang pada tahun 2020 dengan perbelanjaan sebanyak RM168 bilion seperti yang ditetapkan Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) sebelum ini.

"Untuk tahun ini sahaja kita sudahpun meletakkan sasaran 29.4 juta bilangan pelancong dengan perbelanjaan pula disasarkan sebanyak RM89 bilion.

"Kita percaya dengan berteraskan kempen 'Malaysia Year of Festivals 2015′ sebagai kesinambungan Tahun Melawat Malaysia sebelum itu, sasaran yang telah ditetapkan mampu dicapai dengan syarat semua pihak terlibat memainkan peranan masing-masing, " katanya.

Najib turut menarik perhatian bahawa negara bukan sahaja memiliki kekayaan alam semulajadi sebagai tarikan pelancong tetapi juga pelbagai infrastruktur berkelas dunia yang terus menggamit perhatian dan menjadi pilihan destinasi pelancongan.

"Malah kalau diukur dari segi kepuasan membeli belah, Malaysia menjadi pilihan kerana faktor harga dan kualiti," katanya.

Di akhir ucapan, Najib turut mengumumkan penjenamaan semula NTCM kepada Malaysian Tourism Council (MyTC) dan yakin entiti ini akan memberi nafas dan semangat baharu kepada semua pihak terlibat untuk terus menjayakan industri pelancongan negara. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Jadikan Malaysia Buah Mulut Pelancong – Najib"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info