MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
GST: Restoran Burger King Didenda RM40,000
5/27/2015 11:50:43 PM
SEBUAH rangkaian restoran Burger King di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur didenda RM40,000 disebabkan kegagalan menyerahkan dokumen berkaitan untuk penyiasatan berhubung keuntungan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) milik premis tersebut.
Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari menjatuhkan hukuman tersebut selepas Cosmo Restaurant Sdn Bhd gagal memberikan kerjasama kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.
Kesalahan dilakukan pada 10 April lalu dan restoran itu diwakili pegawai kewangan mereka yang dikenali sebagai Prasad.
Hakim menjatuhkan hukuman itu di hadapan Timbalan Pendakwaraya, Zaileen Nadia Zubir dan peguam bela, Wan Nor Izzati Wan Idris. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JASMIN
Burger King Pepperoni Bacon Whopper Review
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "GST: Restoran Burger King Didenda RM40,000"