Enjin Pesawat Singapura Hilang Kuasa Di Udara

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Enjin Pesawat Singapura Hilang Kuasa Di Udara
5/27/2015 10:13:53 PM

PIHAK berkuasa udara Singapura dilaporkan sedang giat melakukan siasatan terhadap kejadian enjin sebuah pesawat negara tersebut yang hilang kuasa secara tiba-tiba ketika dalam penerbangan.

Insiden pada Sabtu lalu berlaku ketika penerbangan SQ836 dalam perjalanan dari Singapura ke Shanghai sebelum kedua-dua enjinya hilang kuasa.

Bagaimanapun, juruterbang dikatakan bijak mengendalikan pesawat apabila berjaya meningkatkan semula kuasa enjin.

Syarikat penerbangan pesawat berkenaan berkata, hasil pemeriksaan enjin mendapati tiada kerosakan dikesan setakat ini.

Berikutan itu, pihak berkuasa udara Singapura kini sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar enjin pesawat, Rolls-Royce dan Airbus untuk siasatan lanjut.

Kejadian kedua-dua enjin pesawat hilang kuasa jarang berlaku dalam industri penerbangan, bagaimanapun juruterbang telah dilatih untuk mengatasinya. – mStar

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Enjin Pesawat Singapura Hilang Kuasa Di Udara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info