Ditimpa Banyak Gosip, Zizan Razak Kini Di Ambang Kejatuhan?

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Ditimpa Banyak Gosip, Zizan Razak Kini Di Ambang Kejatuhan?
5/28/2015 12:56:39 AM

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah terjemahan situasi yang boleh diberi kepada selebriti sensasi, Zizan Razak.

Sepanjang tahun ini, gosip dan kontroversi yang melanda Zizan tak pernah surut, malah boleh dikatakan, ia hampir menenggelamkan jenama yang dibina Zizan pelakon, pelawak, pengacara dan rapper itu.

Badai tersebut mula menghentam empunya nama Mohd Razizan Abdul Razak, 31, apabila ada andaian mengatakan dia dan Emma Maembong putus kasih kononnya tindakan Zizan sering buat Emma 'makan hati'.

Cinta Kami Pulih, Jangan Besarkan Lagi – Zizan Razak

zizan2

Gosip tersebut ternyata hanya gosip setelah mereka muncul bersama-sama dan dilaporkan telah berjaya memulihkan hubungan.

Harapkan panas sehingga ke petang tapi hujan di tengah hari. Tak lama selepas itu, kedua-duanya mengesahkan bahawa percintaan mereka menemui noktah.

Emma Maembong Akui Tak Lagi Cintakan Zizan

Belum surut isu tersebut, timbul pula kontroversi terbaru apabila Zizan dituduh sebagai individu yang menghantar mesej lucah kepada dua orang wanita.

Kontroversi tersebut menghampiri tonggak KL Zombie itu setelah rakan seperjuangannya dalam Maharaja Lawak Mega, iaitu Tauke Jambu menafikan tuduhan sama sebelumnya.

Ibarat bertubi-tubi diserang, Zizan sekali lagi didakwa sebagai individu yang melanggan pelacur di sebuah kelab malam di Indonesia, tak lama selepas itu.

Zizan Razak Nafi Tuduhan Langgan Pelacur Di Luar Negara

Ia ekoran ketidakhadiran bintang tersebut di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lalu kerana mempunyi urusan di negara seberang.

Tak ada angin, tak ada ribut, nama Zizan sekali lagi menjadi sebutan ramai setelah dia tiba-tiba dilaporkan bakal mengahwini seorang gadis sekampungnya, Jun 2015.

Zizan Razak Dedah Bakal Kahwin Gadis Sekampung Jun Ini

Gadis-Ini-Bakal-Isteri-Zizan-Razak-ROTIKAYA-700x522

Lagi bertambah haru-biru, sehari selepas membuat laporan dia akan berkahwin disiarkan sebuah akhbar, Zizan tampil di Harian Metro menafikan dakwaan tersebut.

Alahai, apa sebenarnya yang terjadi kepada bintang kelahiran program Raja Lawak itu?

Siri kontroversi yang melanda Zizan dalam durasi empat bulan pertama tahun ini menimbulkan cakap-cakap belakang bahawa popularitinya sedang menuju ke penghujung. Betul ke?

Disogok dengan soalan tersebut, Zizan, walau bagaimanapun optimis dan reda dengan ketentuan dari-Nya.

"Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah.

"Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu rezeki."

Selain itu, beliau kini ingin memberi tumpuan terhadap kerja-kerjanya dalam industri dan enggan menoleh mengenang kisah duka lalu.

"Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih ada. Benda yang lepas biarlah ia berlalu, Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui.

"Yang penting saya lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama ada orang luar di sana suka atau tidak."

Nampaknya, tindakan yang dilakukan Zizan sememangnya tepat dan para peminat seharusnya tidak mengungkit lagi kisah lalu yang pernah melanda figura ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Temu Bual Zizan Razak Bersama HLive

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Ditimpa Banyak Gosip, Zizan Razak Kini Di Ambang Kejatuhan?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info