Anak Aziz M Osman guru solek di Instagram


Anak Aziz M Osman guru solek di Instagram



farhana@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Kreativiti mengarah Aziz M Osman di layar perak tidak dapat disangkal lagi. Dia antara pengarah yang dikenali ramai, namun ia bukanlah lesen untuk beliau kekal popular, lebih-lebih lagi dalam kepesatan media serta aplikasi sosial masa kini.


Lebih `memilukan’, pengarah berkaliber ini tewas di tangan anak sendiri, yang hanya berusia tiga tahun lebih.


Pada usia yang masih mentah, Puteri Nur Azzahra Aziz, mempunyai 32,000 pengikut di laman sosial Instagram milknya, mengalahkan bapanya yang hanya memiliki 13,000 pengikut. Malah, jumlah `Likes’ si kecil yang manja dengan panggilan Ara, setiap kali memuat naik videonya mencecah 300.


Semuanya tercetus kerana Ara begitu meminati video ‘tutorial’ mekap di Youtube dan membuatkan Ara terikut-ikut untuk membuat videonya sendiri. Video tutorial solek Ara yang dimuat naik dalam laman Instagramnya dinanti-nantikan pengikut, yang mungkin kagum dan `geram’ dengan gelagatnya.



GELAGAT Puteri Nur Azzahra Aziz menjadikan laman Instagram milknya mempunyai ramai pengikut. – Foto Munira Abdul Ghani

“Ara `menyelongkar’ alat solek milik ibunya dan merakamkan video cara bersolek. Sampai rosaklah alat solek ibunya. Bila kena marah, dia guna pula alat solek ibu saudaranya apabila berkunjung ke rumah datuknya.


“Kita nak larang sepenuhnya pun susah juga, tambah pula anak zaman sekarang yang membesar pada zaman kepesatan teknologi. Jadi, apa yang boleh kita sebagai ibu bapa lakukan adalah memantau aktiviti mereka. Macam Ara, isteri saya, Puteri Lily Lokman, memantau aktiviti dia,” katanya.


Sebelum ini, pasangan itu sering memuat naik gelagat dan keletah Ara di laman sosial. Malah, abang dan kakak Ara juga memuat naik video Ara, yang petah berkata-kata dalam laman Instagram. Keletah Ara memang mencuit hati, malah ada video yang memaparkan Ara memberitahu penonton supaya tidak memberitahu perbuatannya itu kepada ibu dan bapanya.



PENGARAH dan penerbit drama, Aziz M Osman. – Foto Munira Abdul Ghani

“Ara pun ada telefon bimbit sendiri dan dia merakamkan sendiri video soleknya sebelum ini. Bila kami mendapat tahu aktivitinya selama ini (bersolek dan merakamkannya dalam video), nak marah pun tak guna juga. Kita biar dia teruskan tapi kita pantau. Malah, video tutorial solek Ara sekarang ini pun dimuat naik oleh isteri saya,” katanya.


Pernikahan Aziz, yang kini berusia 53 tahun dan Puteri Lily, 26, adalah perkahwinan yang keempat selepas perkahwinannya terdahulu, termasuk perkahwinan kedua dengan aktres dan produser drama, Datin Nur Aliah Lee,



AZIZ bersama isteri, Puteri Lily Lokman dan anaknya, Puteri Nur Azzahra Aziz. – Foto Munira Abdul Ghani

Perkahwinan ketiganya dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, pada 16 Ogos 2008 dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita berkenaan masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan berlangsung.


Aziz dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nurul Fatehah, 27, hasil perkahwinan pertama dan lima lagi anak, Puteri Nur Asyiqin, 24; Putera Mohd Aiman, 21; Puteri Nur Aisya, 17; Puteri Nur Ain, 13 dan Putera Mohd Ameen, 11, daripada perkahwinan kedua.

0 Komentar untuk "Anak Aziz M Osman guru solek di Instagram"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info