42 pengamal media dibawa ke kubur pendatang di Wang Kelian

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

42 pengamal media dibawa ke kubur pendatang di Wang Kelian
5/25/2015 10:17:31 PM

42 pengamal media dibawa ke kubur pendatang di Wang Kelian

KEADAAN kem pemerdagangan manusia berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. Penemuan itu hasil 'Op Wawasan Khas JKDNKA 2015′ oleh 300 anggota polis Komando VAT 69 dan Pasukan Gerak Am (PGA) dari 11 Mei lalu. – Foto BERNAMA

PADANG BESAR: Sekumpulan 42 pengamal media tempatan dan antarabangsa dibawa melawat satu daripada 28 kem yang ditemui di puncak Bukit Wang Kelian, dekat sini, pagi ini.

Kem berkenaan yang terletak kira-kira 1.5 kilometer (km) dari Wang Kelian, dipercayai menempatkan sekurang-kurangnya 37 kubur disyaki mengandungi mayat pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pegawai Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Deputi Superintendan Salleh Mohd Hussain, berkata perjalanan mendaki dijangka memakan masa minimum dua jam dan kem yang bakal dilawati adalah yang paling hampir.

Terdahulu, sepasukan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibawa menaiki trak ke lokasi pendakian untuk naik ke lokasi perkuburan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan penemuan 139 kubur di 28 kem yang ditemui di kawasan membabitkan kira-kira 11 kilometer sekitar sempadan Malaysia-Thailand di kawasan bukit Wang Kelian.

Penemuan adalah susulan operasi penggeledahan dilakukan komando VAT69 susulan Op Wawasan Khas dijalankan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "42 pengamal media dibawa ke kubur pendatang di Wang Kelian"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info