Asal usul virus Aids dikesan pada gorilla



WASHINGTON, 3 Mac: Dua daripada empat jenis virus yang boleh menyebabkan Aids datang daripada gorila di selatan barat Cameroon, dilaporkan dalam satu kajian pasukan saintis antarabangsa yang diterbitkan di Amerika Syarikat, lapor AFP.

Maklumat baharu itu bermakna penyelidik kini tahu asal-usul semua jenis virus HIV yang dikesan pada orang.

HIV (HIV-1) mempunyai sekurang-kurangnya empat jenis. Dikenali sebagai Kumpulan M, N, O dan P, masing-masing mempunyai asal sendiri iaitu daripada beruk kepada manusia, sekurang-kurangnya dalam empat situasi berasingan.

Kumpulan M dan N diketahui datang daripada cimpanzi di Cameroon. Tetapi sehingga kini asal-usul dan O P tidak diketahui.

0 Komentar untuk "Asal usul virus Aids dikesan pada gorilla"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info