Lelaki Myanmar Maut Diserang


Kuala Selangor – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di bahagian badannya di rumah di Taman Harmoni, Ijok, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa yang berusia 30-an maut selepas diserang sekurang-kurangnya lima lelaki senegaranya menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, suspek dikatakan menceroboh rumah mangsa sebelum menyerangnya.

Beliau berkata, setakat ini polis masih mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu selain menyiasat motif serangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat,” katanya. – myMetro Online

0 Komentar untuk "Lelaki Myanmar Maut Diserang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info