Video: Kebaikan Pemuda Membantu Pak Cik ‘Homeless’



Memang tersentuh selepas anda habis menonton video ini.

Memang tidak dapat dinafikan bilangan gelandangan atau ‘homeless’ semakin meningkat lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.

Kebiasaannya kelibat mereka boleh dijumpai di tepi-tepi jalan dan ada yang selamba berbaring di situ seolah-olah tiada siapa yang melihat mereka.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu cepat menghakimi kenapa mereka mengambil jalan sebegitu untuk meneruskan kehidupan. Mungkin mereka ada alasan dan sebab tersendiri apabila memilih jalan hidup sebegini.

Untuk mendekati mereka, apa kata anda cuba terapkan amalan mulia yang ditunjukkan pemuda dalam video ini yang membantu seorang gelandangan, pak cik bernama Malik Balan Achugan yang ditemuinya.

Pak cik Malik dibawa membeli pakaian baru, memotong rambut di barber shop, membeli krim untuk penyakitnya, dibawa bermain boling dan makan makanan berkhasiat.


Ternyata dengan pertolongan ini memberikan makna dan nilai yang sangat besar buat pak cik Malik yang dilhat sangat terharu dengan sikap prihatin pemuda ini dan rakan terhadap gelandangan sepertinya. – MYNEWSHUB.MY









0 Komentar untuk "Video: Kebaikan Pemuda Membantu Pak Cik ‘Homeless’"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info