Siakap Keli News |
Tersadai Dilanggar Kereta, Tapi Tangan Terus Main Telefon
5/31/2015 9:00:00 AM
Kebanyakan kita mungkin mengaku kita tidak boleh dipisahkan dari telefon pintar, tetapi penunggang motosikal ini nampaknya terlebih gam dengan telefon pintarnya.
Melalui beberapa keping gambar yang disiarkan dalam portal berita dailymail.co.uk, seorang lelaki di Changsha, China, kelihatan tenang bermain telefonnya walaupun baru dilanggar oleh sebuah kereta di tengah-tengah jalanraya.
Lelaki berkenaan dilanggar di salah satu persimpangan yang sibuk di pusat bandar Changsha pada Selalu lalu. Kotak-kotak yang dibawa oleh lelaki itu dilihat bertaburan di atas jalan raya dan motornya juga dilihat mengalami sedikit kerosakan.
Bagaimanapun, ketika polis tiba di tempat kejadian, lelaki berkenaan tidak mahu bergerak dari tempat kemalangan dan berkata dia mahu menunggu ketibaan ambulan.
Walaupun keadaan jalan ketika itu sesak, lelaki itu dilihat dengan tenang bermain telefon bimbit sambil terlantar dan tindakannya itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Polis mengesahkan lelaki itu telah dikeluarkan dari hospital setelah doktor mendapati dia hanya mengalami kecederaan kecil.
Sesetengah pengguna laman sosial berkata lelaki itu sengaja berbuat demikian supaya dia boleh meminta wang pampasan dari pemandu kereta yang dilanggarnya.
Seorang lagi pengguna laman web Weibo berkata tindakan lelaki ini(bermain telefon) sama seperti ketagihan dadah - Siakapkeli.my
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Tersadai Dilanggar Kereta, Tapi Tangan Terus Main Telefon"