Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Aktor Matt Dillon lihat sendiri penderitaan Rohingya
6/1/2015 12:15:55 PM
MATT Dillon, membuat kejutan apabila melawat kem menempatkan puluhan ribu etnik Islam Rohingya yang menjadi mangsa penganiayaan di Myanmar- Foto AP
SITTWE: Aktor Amerika Syarikat, Matt Dillon, membuat kejutan apabila melawat kem menempatkan puluhan ribu etnik Islam Rohingya yang menjadi mangsa penganiayaan di Myanmar.
Pelakon itu menyifatkan keadaan di sana 'amat menyedihkan' selepas bertemu seorang lelaki muda dengan luka besar di kaki akibat kemalangan jalan raya dan tidak mendapat rawatan.
Kelibat seorang ibu mendukung bayinya yang jelas kekurangan zat berdiri di luar deretan pondok buluh dan kanak-kanak yang comot bermain pasir di kawasan berhampiran, menokok sebak aktor itu.
"Tiada seorang pun patut menjalani kehidupan seperti ini. Mereka amat sengsara, menderita secara perlahan, tiada harapan masa depan dan tiada tempat untuk dituju," kata pelakon itu.
Sudahlah etnik Rohingya menjadi mangsa diskriminasi kerajaan selama beberapa dekad, keadaan semakin teruk sejak tiga tahun lalu selepas negara itu dengan majoriti berpenduduk Budha, mula bertukar gaya pentadbiran daripada kuku besi kepada demokrasi.
Mengambil kesempatan daripada kebebasan bersuara itu, sami radikal mula menyemarakkan kebencian sosial kepada etnik Rohingya, kaum minoriti di Myanmar, negara dengan lebih 53 juta penduduk.
Beribu-ribu etnik Rohingya dibunuh samseng bersenjatakan parang dan berjuta lagi tinggal di kem pelarian atau melarikan diri menaiki bot dan menderita dehidrasi dan kebuluran selepas berminggu-minggu belayar di laut menuju negara di Asia Tenggara. – AP
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Aktor Matt Dillon lihat sendiri penderitaan Rohingya"